KUALA LUMPUR:Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata fasa kedua banci (secara bersemuka) yang akan bermula 7 hingga 24 Okt ini dijadualkan semula kepada 20 Jan sehingga 6 Feb 2021.
Beliau berkata pembancian dalam talian (e-Census dan Temu Ramah Melalui Telefon dengan Bantuan Komputer (CATI) yang telah berakhir pada 30 Sept lepas akan disambung semula pada 7 Okt sehingga 21 Dis ini.
"Dalam tempoh ini, orang ramai yang belum melengkapkan atau mengisi borang bancian digesa supaya melakukannya melalui laman https://www.mycensus.gov.my/. Langkah ini untuk mengurangkan pertemuan bersemuka yang akan meningkatkan risiko jangkitan COVID-19," katanya.
Katanya, Akta Banci 1960 (disemak 1969) mengkehendaki orang ramai untuk mengambil bahagian dan menjawab semua soalan banci.
"Data penduduk dan perumahan amat penting untuk kerajaan merangka dasar bagi kesejahteraan negara. Ini bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat menepati kumpulan sasar dan tiada yang tercicir," kata Mustapa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
GAMBAR FAIL: Majlis pelancaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 20 Julai 2020 lalu. - BERNAMA
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
55.1 peratus penduduk Malaysia telah dibanci setakat ini
Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas.
17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci
Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam.
Seramai 14.3 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 14.3 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.
COVID-19: Fasa kedua Banci 2020 dijadual semula, mula 20 Jan 2021
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.
Generasi muda disaran bantu ibu bapa isi maklumat banci secara e-Census
Generasi muda disaran membantu ibu bapa atau anggota keluarga masing-masing yang tidak berkemahiran mengakses Internet mengisi maklumat Banci 2020 secara dalam talian atau e-Census.